Carian

Khurafat

Gambar Hiasan
      Akidah yang tepat dan diterima oleh Allah adalah yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta bersih dari segala pencemaran berupa syirik dan khurafat.aperlakuan syirik,amalan khurafat dan percaya kepadakuasa makhluk dalam memberi manfaat dan mudarat inilah yang sering merosakkan akidah muslim yang lemah imannya,lalu mereka terjebak ke lembah kekufuran tanpa mereka sedari.
      Syirik membawa maksud mempersekutukan Allah,menerima dan meyakini bahawa makhluk berkuasa dalam memberi kesan terhadap sesuatu perkara.Antaranya seperti memuja dan memohon pertolongan pada tempat-tempat yang di anggap keramat,berjumpa bomoh dan pawang untuk tujuan rawatan,menilik nasib dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w mengingatkan kita agar menjauhi segala bentuk syirik kerana ia adalah antara dosa paling besar.Imam At-Tabrani meriwayatkan daripada Abdullah bin Anis Al-Jauhani bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
     "Antara dosa-dosa besar itu ialah syirik kepada Allah dan derhaka kepada ibubapa"


     Akidah yang sejahtera adalah asas agama.Atas kepentingan inilah Rasulullah s.a.w memperuntukkan masa selama 13 tahun bagi usaha dakwah baginda di Mekah untuk memastikan akidah umatnya benar-benar selamat daan tepat.Justeru, sebagai umat Islam,kita seharusnya sedar hakikat kepentingan memelihara akidah agar terus kukuh dan subur dengan iman dan takwa.Antara perkara syirik yang telah sekian lama menjadi amalan dikalangan masyarakat Islam di Nusantara ialah mempercayai pawang dan bomoh dalam rawatan.Kebanyakan bomoh dan pawang ini merawat menggunakan jampi serapah,mantera dan tangkal dengan bantuan jin dan sebagainya.Bomoh dan pesakit yang percaya kepada tangkal boleh menyembuhkan penyakit dan menyempurnakan hajat mereka adaalah perbuatan mensyirikkan Allah SWT.Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa semua perkara ini adalah amalan syirik yang menyesatkan pengamalnya.

Gambar Hiasan
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Sesungguhnya tangkal,azimat dan guna-guna itu adalah syirik"

     Larangan keras ini sewajarnya dipandang serius oleh umat Islam kerana ia membawa kepada kekufuran.Sebenarnya kepercayaan dan pergantungan manusia pada amalan seumpama ini adalahamalan yang telah berlaku sejak sekian lama.Walaupun sudah terbukti ianya tidak memberi manfaat atau mudarat secara nyata,namun masih ramai manusia tetap meyakininya.Semenjak zaman jahilliah lagi amalan syirik dilakukan secara meluas dikalangan umat arab dan Rasulullah berusaha gigih menghapuskannya.
Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Uqbah bin Amir menyatakan Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Sesiapa menggantungkan azimat(tangkal), maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan sesiapa menggantung "wada'ah" (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan perlindungan kepadanya"

Gambar Hiasan

     Setelah kita sedar akan kesesatan rawatan pawang dan bomoh dan betapa bahayanya amalan-amalan syirik  dalam kehidupan kita,maka sewajarnya kita berusaha menjauhi diri kita dari sebarang amalan tersebut.Sebagai seorang mukmin,kita sewajarnya berusaha atas landasan yang dibenarkan syariat.Lalu kita susuli dengan berdoa dan tetap melaksanakan ketaatan serta menjauhi kemungkaran agar segala permintaan kita dimakbulkan.Kemudian  bertawakal dan berserah dirilah kepada Allah.Allah yang menentukan segala ketentuan baik dan buruk bagi setiap makhluk-Nya.
     Mereka yang melakukan amalan syirik sebenarnya telah jauh menyimpang dari akidah yang sebenar,juga telah menzalimi dirinya sendiri dengan mempersekutukan Allah.Akibatnya,mereka akan sentiasa diburu perasaan resah dan gelisah sebelum dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka sebagai balasan terhadap dosa yang telah mereka lakukan.
Gambar Hiasan
  Firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 72:
"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata:"Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih Ibnu Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:"Wahai Bani Israil! sembah lah Allah,Tuhanku dan Tuhan kamu,bahawasanya sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,maka Allah pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka.Tiada seorang penolong pun bagi orang yang zalim".
     ImamAhmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Imran bin Hussain bahawa Rasulullah s.a.w pernah melihat gelang tembaga ditangan seseorang lalu baginda bertanya:
"Apakah ini?" Orang itu menjawab:"Tangkal pelemah untuk menundukkan orang".
Lalu Rasulullah menegaskan: "Buanglah segera,kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu,maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau memakai tangkal itu nescaya engkau tidak mendapat kejayaan selama-lamanya".

Kesimpulan:
Pertama: Syirik adalah satu dosa besar dan wajib kita menjauhinya,keran a boleh membawa kekufuran.
Kedua: Mempercayai dan meyakini kuasa jin,bomoh dan pawang untuk mencapai segala hasrat adalah perlakuan syirik yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w.
Ketiga: Meyakini dan bergantung pada sesuatu benda seperti tangkal,azimat,cincin,rantai,gelang dan keris adalah syirik serta bertentangan dengan akidah.
Firman Allah:
"Katakan lah (wahai Muhammad):"Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu,sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhan-Nya"  (Al-Kahfi :110)
 



1 comment: