Carian

Hari Valentine Untuk Orang Kafir

     14 Febuari Hari Valentine.Sibuk la orang-orang Melayu kita nak sambut. Valentine tu kan orang kafir punya sambutan.Kenapa sibuk-sibuk nak sambut gak? Takde valentine orang tak boleh hidup berkasih sayang ke? Takkan nak tunggu sehari je.Hari lain tak boleh? Ape kejadah la. Apa yang korang tau pasal valentine ni? Ulas entri ni.Dalam masa 9 bulan akan datang tengok la,pasti seorang bayi lahir tanpa sah taraf, dibuang,dibunuh dan macam-macam lagi lah.Tengok la kalau tak percaya.Saya akan follow apa yang saya cakapkan disini untuk 9 bulan akan datang.
     Valentine ni diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol ,iaitu Saint Valentine.Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan ISLAM di Cardova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan dengan itu 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cardova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakannya Hari Valentine.
     Satu lagi dengan kematian paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius 11 ( 268-270) .Dikatakan St Valentine enggan mematuhi arahan dan dijatuhi hukuman.Dan didalam penjara St Valentine telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘ From your Valentine'(daripada Valentinemu).


Lihatlah saudara & saudari,betapa jahilnya generasi Islam sekarang.Semuanya adalah kemenangan kafir untuk menjatuhkan Islam.Kita duk sibuk nak meraikannya.
    Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa "Amalan menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam". Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
    Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam malah merupakan satu keperluan pada setiap manusia. Manusia selalu menyayangi sesama manusia melebihi kasih sayang pada Allah. Dengan itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkan dalam Islam. Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi manusia berdasarkan panduan Tuhan bukan nafsu semata-mata. Setiap hubungan manusia sesama manusia hendaklah berdasarkan etika syarak dan janganlah sampai terpesong dengan ajaran agama.
   Sambutan valentine berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Dengan itu mereka mudah melanggar hukum Allah S.W.T kerana khayal di alam percintaan. Mereka lemas di lautan kasih tanpa berpandukan batasan syarak.Letakkanlah asas cinta kepada cinta Allah. Maksudnya cinta itu mesti kerana Allah. Cinta itu mestilah didorong atas keinginan untuk sama-sama melaksanakan tujuan hidup yang Allah tentukan.
Firman Allah SWT
" Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada -ku"( Az- Zariyat 51: 56) .
      Islam melarang perayaan ini kerana boleh menjerumuskan pasangan kepada arah maksiat. Sudah sering kita mendengar kes- kes yang berlaku selepas Valentine's Day seperti budaya pergaulan bebas, zina, rogol, AIDS, hamil tanpa nikah, dan sebagainya.Apa yang paling menyedihkan, ini berlaku kepada masyarakat Melayu khususnya kepada mereka yang beragama Islam.

Rokok Haram

     Merokok sudah lama menjadi fenomena yang biasa dalam kehidupan kita. Dari golongan bawahan sehinggalah kumpulan professional dan pemimpin. Seolah-olah, budaya ini sudah menjadi sebahagian dari keperluan hidup masyarakat manusia hari ini, tanpa mengira bangsa, agama, negara dan usia. Namun, apa yang pasti, keburukan dan bahaya rokok tidak dapat dinafikan lagi. Bukanlah sukar untuk memahami tetang keburukan dan bahaya rokok sehingga pada setiap kotak rokok kita akan dapt peringatan dari kerajaan Malaysia iaitu, "Merokok Membahayakan Kesihatan." Di sesetengah Negara pula, catatan itu lebih terus terang ungkapan amaran: "Merokok Menyebabkan Sakit Jantung dan Kerosakan Paru-paru."
     Menurut Kementerian Kesihatan, di Malaysia sahaja, merokok menyumbang kepada lebih sepuluh ribu kematian setahun, 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser tekak, kanser pundi kencing, kerosakan buah pinggang dan kanser perut dan 50% lagi kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Bahkan menurut kajian, lebih 100 000 perokok dimasukkan ke hospital kerjaan di seluruh nagra akibat sakit jantung, kanser dan pelbagai penyakit kronik. Lebih malang lagi, negara menggalami kerugian bagi menanggung kos rawatn dan kehilangan produktiviti.


Hakikatnya, merokok merupakan amalan yang amat merbahaya dan memudaratkan diri manusia. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahyakan dan boleh membawa maut. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap sedutan itu merupakan satu sedutan maut.
     Hasil kajian yang telah dilakukan menyatakan di dalam rokok mengandungi bahan radioaktif dan baha-bahan yang digunakan di dalam cat, bahan untuk pencuci lantai, ubat gigi, racun serangga, racun anai-anai, gas beracun yang digunakan "dibilik gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman maut dan banyak lagi. Bahan utama yang paling berbahaya dalam rokok adalah tar, nikotin dan karbon monosida yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan manusia.

Semua golongan, samada ulama', guru, ahli ekonomi, pakar motivasi, apatahlagi doctor perubatan sepakat menyatakan aspek negative perbuatan merokok. Tiada siapa yang memuji dan mempertahankan kelebihan merokok selain dari penanam tembakau dan pengusaha kilang rokok. Namun, cukup menghairankan kerana jumlah perokok tidak pula berkurangan, tetapi semakin bertambah. Diperingkat sekolah lagi, remaja kita sentiasa berjinak-jinak dan menjadi pelapis perokok baru. Hari ini, lebih membimbangkan remaja perempuan pun sudah ramai terlibat dalam gejala merokok.
Lantaran bahaya dan keburukan rokok inilah, Jabatn Mufti Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa pada tahun 1997 tentang pengharaman rokok. Keputusan itu dibuat berdasarkan bahaya rokok terhadap kesihatan dan larangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 195:


"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya."

(Al-Baqarah ayat 195)




Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah setengah perokok hanya menganggap perbuatan itu sebagai Makruh. Justeru, kaedah Usul Fiqh bahawa: Hukum Berubah Kerana Perubahan Zaman.

Kita sewajarnya menyedari perbezaan antara zaman rokok diharamkan sebagai Makruh dengan zaman kita hari ini. Perbezaan itu melibatkan soal maklumat dan teknologi yang sudah berubah. Ketika dihukumkan rokok sebagai Makruh, bahaya tentang rokok belum diketahui oleh manusia umum. Hukum Makruh itu dikeluarkan berdasarkan bahaya rokok yang kurang enak dan menganggu orang lain termasuk ketika solat. Hukum ini dikiaskan kepada hukum orang memakan bawang putih kemudian mendatangi solat berjemaah.

Sebaliknya pada hari ini, rokok bukan sahaja diketahui menyebabkan bau yang tidak enak, bahkan sebab-sebab untuk menolak keharusan merokok sudah bertambah. Antaranya adalah:

Pertama: Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan bahawa ia menyebabkan kerosakan pada paru-paru- dan menyebabkan risiko kanser. Justeru, apabila soal bau sudah bertukar kepada bahaya, maka hukum ke atas perbuatan merokok menjadi lebih berat iaitu Haram.

Kedua: Proses penyediaan rokok juga sudah berubah. Proses penanaman tembakau, pengeringan dan pembuatan rokok melibatkan penggunaan pelbagai jenis racun dan bahaya kimia yang turut menjejaskan kesihatan perokok. Kandungan yang terdiri daripada tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser. Begitu juga bahan nikotin adalah seperti najis dadah, bertindak balas di dalam otak dan mampunyai kesan kepada sistem tubuh yang menjadi punca utama penagihan. Justeru, ia menambahkan lagi sebab untuk rokok dihukumkan Haram.

Ketiga: Tindakan kerajaan menaikkan cukai rokok untuk mengurangkan perokok dan kos teknologi penyediaan rokok berbanding zaman dahulu telah menyebabkan aktiviti merokok menelan belanja yang agak besar. Justeru, ia mencetuskan sebab ketiga bagi pengharaman rokok iaitu pembaziarn.

Keempat: Pula berkaitan dengan soal ekonomi dan hubungan sesama muslim. Syarikat-syarikat besar rokok di dunia diketahui turut menyumbang dana yang besar kepada aktiviti keganasan yang dilakukan ke atas umat Islam, khususnya oleh rejim Israel di Palestin. Ini bererti, sebahagian dari wang yang digunakan oleh pembeli rokok akan disumbangkan kepada kerajan yang melakukan jenahaya perang ke atas rakyat umum di kalangan umat Islam sendiri.


Apa yang menjadi penghalang untuk meninggalkan budaya merokok ini adalah soal ketagihan yang lebih mudah terjerumus ke arah penyalahgunaan dadah. Sebagai muslim, kita sewajarnya berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi tuntutan agama dengan meninggalkan tabiat merokok walaupun sukar dilakukan oleh individu perokok ke arah meninggalkan perbuatan yang sia-sia ini.

Fatwa Pengharaman Merokok

Antara langkah-langkah segera yang perlu diambil oleh perokok dan perokok tegar untuk berhenti daripada tabiat buruk tersebut adalah:

- Dapatkan sokongan dan dorongan daripada rakan, isteri atau bantuan tenaga professional.

- Mendapatkan khidmat kaunseling.

- Sibukkan diri kepada kerja-kerja atau kegiatan yang berfaedah agar dapat melengah-lengahkan keinginan untuk merokok.

- Menjalankan ibadah puasa dan meneruskan tabiat tidak merokok sepanjang bulan Ramadhan.

- Buangkan semua peralatan untuk merokok yang terdapat di rumah dan lain-lain lagi.


Cukuplah masa panjang yang telah kita lalui sebagi perokok. Kita wajar renungkan semula sebab-sebab pengharaman rokok yang diputuskan oleh para ulama' bahawa bukan untuk menghalang kebebasan kita, tetapi ia diputuskan demi mebaikan kita sebagi individu yang prihatin terhadap masyarakat disekeliling kita.


"Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya."

(Al-Baqarah ayat 172)

Wanita Hiasan Lelaki

Wanita adakala lebih baik daripada lelaki seandainya wanita itu solehah.Kehidupan lelaki yang jahat tabiatnya boleh diubah dengan kehalusan budi pekerti dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam seseorang wanita.Nama lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya.Kerana itulah wanita adalah perhiasan lelaki.Hidup lelaki tanpa wanita adalah cacat tabiatnya. Betul tak??
Allah S.W.T menjadikan kaum wanita adalah untuk pasangan lelaki.Tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dunia adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita” (Riwayat Muslim)
Hidup didunia banyak harta sekalipun jika tiada wanita tiada ertinya,kosong.Ada paras rupa (hensem),tiada wanita dalam hidup pun tiada ertinya.Tapi,wanita bagaimana seorang lelaki perlukan untuk mengisi kehidupan? Pasti yang solehah,kerana wanita ini mampu memberi kebahagiaan,menjaga maruah diri serta suaminya.


Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sebaik-baik wanita ialah,wanita yang mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya,mentaati apabila menyuruhnya, tidak menyanggah suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat Al-Nasai dan Al-Hakim)

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Wanita yang apabila engkau melihatnya,ia mengagumkan,apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga diri dan harta engkau” (Riwayat Al-Hakim)

Wanita akan baik pekerti andai suaminya juga baik.Kebaikan wanita akan hilang jika suaminya hidup songsang sepertimana hilangnya kebaikan Asiah dimata Firaun,pemerintah yang zalim.

Kesimpulan :
Sekeras-keras hati lelaki ianya akan lembut seandainya temui kebaikan pada diri seorang wanita.Begitu juga sebaliknya.

Iklan "COKE" di Eropah




Agama Islam dipersendakan.Lihatlah gambar dibawah.Apakah pandangan anda? Ini adalah petikan di antara iklan-iklan coca-cola yang diterbitkan di negara Eropah..


Renung-renungkan lah wahai muslimin sekalian. Dimana letaknya MARUAH AGAMA ISLAM? Apakah tindakan kita terhadap kebiadaban Yahudi mempersendakan Islam.. Fikir-fikirkan lah...



Sebarkanlah entri ini agar para muslimin dapat informasi atas kebiadapan Yahudi Laknatullah.

Kaki Kucing Di Potong

Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang dijadikan Allah S.W.T dimuka bumi. Dijadikan sempurna,akal dan fikiran untuk merencanakan kehidupan yang lebih baik di alam ini.Seharusnya kita wajib mensyukuri akan segala limpahan nikmat dan rahmat atas kejadian manusia.Kerana-NYA lah kita boleh berfikir,ada perasaan kasih dan sayang,rasa cinta dan sebagainya.Apa yang menjadi persoalan disini ialah: Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan dan akal pada si pelaku dalam video dibawah? Tidak kira lah sama ada pelaku itu beragama Islam ataupun tidak...dia tetap seorang manusia.Takde akaiii..kaaa??!!! Geram betuii..
Semoga Allah membalas kebaikan pada pembelanya.Insyaallah.





Hadis :
Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati.Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka.Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat dibumi".

Kesimpulan:
Jelas Hadis Rasulullah menuntut kita hidup dalam kasih sayang.Tak kira lah sesama manusia,binatang dan segala makhluk kejadian Allah S.W.T.

Si Penjahat Kecil



Dari Amir bin Sa'ad dari bapanya Sa'ad bin Abi Waqqash r.a katanya:
"Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya "Si Penjahat Kecil".

Hadis:
Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah telah bersabda:
"Siapa yang membunuh cicak dengan sekali pukul dituliskan baginya 100 kali pahala.Siapa yang membunuhnya dengan 2 kali pukul pahalanya kurang dari itu.Dan siapa yang membunuhnya dengan 3 kali pukul pahalanya kurang lagi dari itu".




Jadi, tunggu apa lagi..??
Jom sediakan bahan-bahannya..
1. Getah Bulat
2. Kertas Gulung




Kemudian....Lastik la cicak-cicak yang ada kat rumah anda semua...Selamat Mencuba...
RENUNG-RENUNGGG...DAN SELAMAT BERAMAL...


Khurafat

Gambar Hiasan
      Akidah yang tepat dan diterima oleh Allah adalah yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta bersih dari segala pencemaran berupa syirik dan khurafat.aperlakuan syirik,amalan khurafat dan percaya kepadakuasa makhluk dalam memberi manfaat dan mudarat inilah yang sering merosakkan akidah muslim yang lemah imannya,lalu mereka terjebak ke lembah kekufuran tanpa mereka sedari.
      Syirik membawa maksud mempersekutukan Allah,menerima dan meyakini bahawa makhluk berkuasa dalam memberi kesan terhadap sesuatu perkara.Antaranya seperti memuja dan memohon pertolongan pada tempat-tempat yang di anggap keramat,berjumpa bomoh dan pawang untuk tujuan rawatan,menilik nasib dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w mengingatkan kita agar menjauhi segala bentuk syirik kerana ia adalah antara dosa paling besar.Imam At-Tabrani meriwayatkan daripada Abdullah bin Anis Al-Jauhani bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
     "Antara dosa-dosa besar itu ialah syirik kepada Allah dan derhaka kepada ibubapa"


     Akidah yang sejahtera adalah asas agama.Atas kepentingan inilah Rasulullah s.a.w memperuntukkan masa selama 13 tahun bagi usaha dakwah baginda di Mekah untuk memastikan akidah umatnya benar-benar selamat daan tepat.Justeru, sebagai umat Islam,kita seharusnya sedar hakikat kepentingan memelihara akidah agar terus kukuh dan subur dengan iman dan takwa.Antara perkara syirik yang telah sekian lama menjadi amalan dikalangan masyarakat Islam di Nusantara ialah mempercayai pawang dan bomoh dalam rawatan.Kebanyakan bomoh dan pawang ini merawat menggunakan jampi serapah,mantera dan tangkal dengan bantuan jin dan sebagainya.Bomoh dan pesakit yang percaya kepada tangkal boleh menyembuhkan penyakit dan menyempurnakan hajat mereka adaalah perbuatan mensyirikkan Allah SWT.Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa semua perkara ini adalah amalan syirik yang menyesatkan pengamalnya.

Gambar Hiasan
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Sesungguhnya tangkal,azimat dan guna-guna itu adalah syirik"

     Larangan keras ini sewajarnya dipandang serius oleh umat Islam kerana ia membawa kepada kekufuran.Sebenarnya kepercayaan dan pergantungan manusia pada amalan seumpama ini adalahamalan yang telah berlaku sejak sekian lama.Walaupun sudah terbukti ianya tidak memberi manfaat atau mudarat secara nyata,namun masih ramai manusia tetap meyakininya.Semenjak zaman jahilliah lagi amalan syirik dilakukan secara meluas dikalangan umat arab dan Rasulullah berusaha gigih menghapuskannya.
Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Uqbah bin Amir menyatakan Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Sesiapa menggantungkan azimat(tangkal), maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan sesiapa menggantung "wada'ah" (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan perlindungan kepadanya"

Gambar Hiasan

     Setelah kita sedar akan kesesatan rawatan pawang dan bomoh dan betapa bahayanya amalan-amalan syirik  dalam kehidupan kita,maka sewajarnya kita berusaha menjauhi diri kita dari sebarang amalan tersebut.Sebagai seorang mukmin,kita sewajarnya berusaha atas landasan yang dibenarkan syariat.Lalu kita susuli dengan berdoa dan tetap melaksanakan ketaatan serta menjauhi kemungkaran agar segala permintaan kita dimakbulkan.Kemudian  bertawakal dan berserah dirilah kepada Allah.Allah yang menentukan segala ketentuan baik dan buruk bagi setiap makhluk-Nya.
     Mereka yang melakukan amalan syirik sebenarnya telah jauh menyimpang dari akidah yang sebenar,juga telah menzalimi dirinya sendiri dengan mempersekutukan Allah.Akibatnya,mereka akan sentiasa diburu perasaan resah dan gelisah sebelum dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka sebagai balasan terhadap dosa yang telah mereka lakukan.
Gambar Hiasan
  Firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 72:
"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata:"Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih Ibnu Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:"Wahai Bani Israil! sembah lah Allah,Tuhanku dan Tuhan kamu,bahawasanya sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,maka Allah pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka.Tiada seorang penolong pun bagi orang yang zalim".
     ImamAhmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Imran bin Hussain bahawa Rasulullah s.a.w pernah melihat gelang tembaga ditangan seseorang lalu baginda bertanya:
"Apakah ini?" Orang itu menjawab:"Tangkal pelemah untuk menundukkan orang".
Lalu Rasulullah menegaskan: "Buanglah segera,kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu,maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau memakai tangkal itu nescaya engkau tidak mendapat kejayaan selama-lamanya".

Kesimpulan:
Pertama: Syirik adalah satu dosa besar dan wajib kita menjauhinya,keran a boleh membawa kekufuran.
Kedua: Mempercayai dan meyakini kuasa jin,bomoh dan pawang untuk mencapai segala hasrat adalah perlakuan syirik yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w.
Ketiga: Meyakini dan bergantung pada sesuatu benda seperti tangkal,azimat,cincin,rantai,gelang dan keris adalah syirik serta bertentangan dengan akidah.
Firman Allah:
"Katakan lah (wahai Muhammad):"Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu,sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhan-Nya"  (Al-Kahfi :110)
 



Wanita Melayu:Kenapa awak tak buat apa-apa atau rogol saya malam tu?

    Kejadian ini benar-benar terjadi suatu ketika dahulu dinegara Amerika Syarikat.
Kisah seorang wanita Malaysia yang bekerja disana.Memiliki akhlak,akidah dan latarbelakang agama yang agak baik.Dimana pada suatu malam seperti biasa waktu pulang kerja,dia telah mengambil jalan pintas untuk pulang ke rumah.Tetapi jalan itu terlindung dari pandangan orang ramai,sunyi dan menyeramkan.Kalau ada pun seorang dua yang menggunakan jalan itu.Kebetulan pada malam
itu tiada sesiapa melalui jalan itu.Hanya dia bersendirian.
    Malam pun sudah agak lewat dengan berjalan di jalan itu,siapa yang tidak takut dan gelisah.Seorang diri pulak tu.Tiba-tiba dia telihat ada seorang lelaki (kulit putih) bersandar di dinding di tepi lorong itu.Perasaan takut makin menjadi-jadi.Dada pun berdegup kencang ketakutan.Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya dan terus membaca ayat Quran dengan penuh pengharapan agar Allah lindungi dirinya disaat itu.Lalu dia membaca:

    Semasa dia melintasi tempat itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah je akan perempuan itu.Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah.
    Pada keesokannya, wanita ini terbaca didada akhbar ada seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia lalui malam tadi hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Wanita ini yakin benar lelaki kulit putih itulah yang dia lihat semalam adalah pelakunya.Terpanggil dan terdetik dihatinya.Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


    Tapi perempuan ini hairan kenapa lelaki kulit putih itu tidak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu.tetapi merogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum diheret ke muka pengadilan.Dia pun bertanya perogol itu..
wanita melayu:
“Why don’t you do anything or raped me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa atau rogol saya malam tu walaupun awak tau saya berseorangan je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(tidak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
    Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Qursi yang dia baca malam itu.

Kesimpulan:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya,
Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa
ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Qursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Wanita Penggoda

Amalkan membaca doa ini semasa menghadapi ujian @ godaan agar terhindar daripada fitnah kehidupan.



Ertinya:
Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini". Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik". Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.Surah Yusuf: Ayat 23




Keterangan Ayat
Menurut Mujahid,apabila Nabi Yusuf a.s berusia 33 tahun,iaitu ketika seorang lelaki itu mencapai puncak zaman kehebatannya,berlakulah ujian dari Allah S.W.T yang seterusnya.Ujian yang menyaksikan kemenangannya mengatasi nafsu syahwat ketika berhadapan Zulaikha,isteri pembesar negara yang sudah ditimpa mabuk cinta pada Nabi Yusuf a.s. Al-Imam Malik pula mentafsirkaan "asyuddahu" dalam ayat sebelumnyam adalah tempoh selepas baligh bagi seseorang lelaki selepas berlakunya mimpi(al-ihtilam). Al-Dahhak pula mengatakan peristiwa itu berlaku semasa Nabi Yusuf a.s berumur 30 tahun.Al-Kalbi pula mengatakan diantara 28-30 tahun.(Tafsir al-Khazin).
sekadar gambar hiasan


Zulaikha yang cantik jelita telah menggoda dan memujuk Yusuf a.s agar melakukan zina dengannya dalam keadaan tersembunyi.Nabi Yusuf a.s berjaya melalui ujian itu.Jawabnya:"Ma'azallah" yang bermaksud "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ajakannya itu.Sesungguhnya tuanku itu telah memperelokkan penjagaanku sejak aku bebas dari telaga yang aku dicampakkan didalamnya.Aku tidak akan mengkhianatinya.Orang yang zalim iaitu yang berzina tidak akan memperolehi kejayaan"(Tafsir al-Baidhawi)

Ngular Dalam Bekerja?

   Diantara salah satu tuntutan didalam syariat islam yang diwahyukan oleh allah s.w.t keatas umatnya ialah anjuran agar berusaha dan bekerja didunia ini.Allah s.w.t menyebutkan didalam al-quran dengan firmannya:

"Katakanlah (wahai muhammad):"Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan rasulnya serta orang yang beriman dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang nghaib dan yang nyata,kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
(At-Taubat ayat 105)
   Daripada ayat tersebut diatas jelas menunjukkan ,bahawa seruan agar hamba-hambanya berusaha dan bekerja dimuka bumi ini.Terdapat banyak ayat suci al-quran dan hadis-hadis yang menyeru agar manusia memperlihatkan kesungguhan didalam kehidupan ini.


   Sesungguhnya Islam telah mewajibkan umatnya untuk berusaha dan mencari rezeki bagi menampung kehidupan didunia ini tanpa mengira jenis pekerjaan asalkan bertepatan dengan syariat Islam.Saranan tersebut telah jelas dalam Al-quran :
Maksudnya:
"Dan sesungguhnya kami telah menetapkan kamu (memberi kuasa) dibumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya berbagai jalan penghidupan supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur".
(surah Al-A'raaf ayat 10 )

Dari Ibnu Umar R.A. telah bersabda Rasulullah S.A.W. :
Maksudnya:
"Tidak diterima iman tanpa amal dan tidak diterima amalan tanpa iman".

   Islam amat tegas dalam soal mencari nafkah hidup didunia.Walau bagaimanapun, islam melarang manusia mementingkan dunia sehingga melupakan urusan akhirat. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. melalui firmannya dalam surah Al-qisas ayat 77 :
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadaMu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia ; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadaMu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah) ;dan janganlah engkau melakukan kerosakkan dimuka bumi ; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakkan".

   Islam telah menetapkan satu prinsip yang jelas berkaitan sesuatu kerja yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iaiatu :
(1) Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah.
(2) Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T.
(3) Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan.
(4) Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.
  
   Asas utama kerja yang dapat diterima sebagai ibadat ialah kerja yang dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T. Kerja yang dilakukan bukan kerana Allah S.W.T.adalah sia-sia dan tidak dianggap sebagai ibadat.Betapa pentingnya niat itu sehinggakan para ulamak telah meletakkan hadis berkaitan niat sebagai mukadimah dalam kitab-kitab mereka.Contohnya dalam kitab Matan Arbain susunan Imam Nawawi Rahimullah .Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya :
"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat . Dan sesungguhnya amalan seseorang itu akan dinilai berdasarkan apa yang diniatkan".
( Riwayat Abu Daud )

   Selain dari niat yang suci kerana Allah S.W.T., pekerjaan tersebut perlu sesuai dan tidak bercanggah dengan syariat Allah. Hari ini ramai pekerja mengakui bekerja kerana Allah namun disebalik kerja yang dilakukan jelas ia bertentangan dengan Allah seperti membuka aurat, kerja ditempat yang diharamkan seperti tempat perjudian,kelab-kelab malam,tempat yang terlibat dengan riba' dan seumpamanya. Bagaimana mungkin kita boleh dikatakan kerja tersebut sebagai ibadat  jika yang dilakukan bertentangan dengan syariat Allah ?.

   Didalam sebuah hadis riwayat Bahari bahawa rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Manusia yang paling rugi pada hari kiamat ialah orang yang menerima rezeki dari sumber pekerjaan yang haram hingga mereka masuk neraka".

   Begitu juga terdapat sebahagian pekerja pada hari ini, kadang-kadang mereka begitu bersungguh-sungguh dengan niat yang baik dalam kerja. Namun hakikatnya, mereka tidak menjaga hubungan dengan Allah dan manusia seperti mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, menipu, hasad dengki sesama rakan sekerja dan sering mengadu dumba Mereka ini sebenarnya adalah orang yang rugi dalam kehidupan kerana menganggap mereka dapat kemuliaan disisi Allah tetapi sebenarnya mereka adalah orang yang tertipu. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Hud ayat 15 :
Maksudnya :
"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh al-quran tentang sah batalnya), maka kami akan sempurnakan hasil usaha mereka didunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya ".

   Dalam memenuhi syarat untuk menjadikan kerja sebagai satu ibadat seterusnya ialah setiap pekerjaan perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerja yang dilakukan dapat memenuhi kehendak pelanggan dan dapat meningkatkan produktiviti serta memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap pekerja perlu berusaha dengan sebaik mungkin dan sedia menghadapi segala karenah dengan bersikap sabar,tekun,berwawasan dan seumpamanya. Adalah merupakan satu kesalahan jika kerja yang diamanahkan dibuat sambil lewa. Islam begitu tegas berkaitan kerja secara bersungguh-sungguh ini sehingga dijelaskan oleh Nabi S.A.W. :
Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seseorang diantara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh".
(Riwayat At-Tabrani)

   Apa pun kedudukan kita dalam pekerjaan , kita akan dipersoalkan dan akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah S.W.T. Sama ada kita sebagai majikan ataupun sebagai pekerja, kita wajib untuk melaksanakan segala amanah yang dipikul. Kita juga wajib mematuhi segala peraturan dan hukum yang telah digariskan oleh islam. Sabda Nabi S.A.W. :
Maksudnya :
"Bahawa sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan, pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan dipersoalkan tentang kepimpinannya".
(Riwayat Muslim)

   Marilah kita bersama-sama bertekad dan menguatkan azam untuk meningkatkan kualiti kerja supaya kerja kita dinilai sebagai ibadat oleh Allah S.W.T. Semoga kehidupan kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T didunia dan diakhirat.
Maksudnya :
"Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sudah tetap kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya".


Rujukan: JAIS

Kalau Sakit


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اشْتَكَى مِنْكُمْ شَيْئًا أَوْ اشْتَكَاهُ أَخٌ لَهُ فَلْيَقُلْ رَبَّنَا اللَّهُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ أَمْرُكَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِي السَّمَاءِ فَاجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِي الْأَرْضِ اغْفِرْ لَنَا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِينَ أَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأَ


Dari Abu Darda' RA dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa di antara kamu menderita sakit, atau saudaranya sakit, maka ucapkanlah : Tuhan Kami adalah Allah, Maha Suci NamaMu di langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu di langit, maka jadilah rahmatMu di bumi, maka ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami, turunlah rahmat dari sisiMu dan ubat dari ubatMu atas penyakit ini." Riwayat Abu Daud.

Allah Maha Besar

Otak 20 tahun dalam kubur masih elok


SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.

Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.

Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.
Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.

Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.

“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.

“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.



Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.

“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.

“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.

Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.

Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.

“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.

“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.

Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.

“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.

“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan,” katanya.

Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.
Petikan: Sinar Harian

Antara Sunnah dan Adat

Hidup berpasangan adalah satu fitrah yang telah sedia tertanam dalam jiwa manusia seluruhnya. Justeru, Islam amat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya. Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan rumah tangga yang harmoni beralaskan kasih sayang, cinta mencintai dan kasih mengasihi antara suami dan isteri.

Rata-rata masyarakat Melayu Islam di Malaysia dulu dan kini mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan unjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a katanya : ‘Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.' (Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya : ‘Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab : Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Sabda Rasulullah: ‘Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.'


Di negara kita bulan November dan Disember atau yang menandakan waktu cuti sekolah kebiasaannya dipenuhi dengan pelbagai jemputan ke majlis perkahwinan. Paling tidak dalam satu hari pasti mendapat jemputan sebanyak dua atau tiga buah rumah. Waktu ini dipilih kerana masanya yang sesuai untuk semua sanak saudara dan ahli keluarga dapat berkumpul berbanding hari-hari biasa.

Antara hikmah Islam mengalakkan diadakan kenduri kahwin adalah:

Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.
Jika diperhatikan amalan dalam masyarakat kita, jarang sekali kedengaran ucapan selamat atau mendoakan pasangan yang baru berkahwin. Apa yang biasa didengar adalah "Selamat Pengantin Baru", "Semoga bahagia hingga ke anak cucu" dan sebagainya. Sebaliknya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh doa yang terbaik untuk diamalkan seperti mendoakan kebaikan, keberkatan dan memohon keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan pengantin mendapat berkat yang selayaknya dan kita juga mendapat ganjaran kerana mengamalkan sunnah baginda. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW jika memberikan ucapan doa kepada pasangan yang berkahwin, baginda berkata ‘Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.' (Riwayat Abu Daud)


Sunnah dalam mengadakan kenduri;

Diadakan secara sederhana yang tidak perlu membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakkannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan manusia yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
Kenduri dilakukan tanpa sifat riyak dan bangga diri.
Tidak mengandungi unsur-unsur khurafat atau adat-adat yang membawa kepada syirik
Tidak menghidangkan makanan yang mengandungi syubhah.
Tidak mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak) dan hiburan yang melalaikan.
Tidak mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin dilupakan.
Disunatkan menghulurkan pertolongan bagi mengurangkan beban tuan rumah dan dapat menyuburkan semangat gotong royong di kalangan masyarakat.

Laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar mampu. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan Allah SWT. Kenduri yang berkat itu amat penting sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri. Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah semoga perkahwinan diberkati Allah SWT.


Rujukan:
Bahagian Dakwah,
Jab.Agama Islam Selangor

Marah

Nabi S.A.W dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa seorang laki-laki telah datang kepada Nabi S.A.W lalu berkata: "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah". Lalu beliau bersabda: " Jangan engkau marah". Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali.
Setiap manusia ada mempunyai sifat marah. Binatang pun begitu. Seekor kucing yang jinak dan manja misalnya akan menjadi marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali misalnya. Sifat sabar sebenarnya adalah sebagai penghalang dari sifat marah. Walau bagaimanapun kesabaran ada had dan batasnya. Apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.
Menurut Imam Al-Ghazali, Sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik kehati. Maka terpulang kepada seseorang samaada dia mempunyai sifat seorang yang cepat marah atau marah yang keterlaluan (marah tak bertempat) yang disebut sebagai ifrath atau marah yang I'tidal iaitu marah yang pertengahan (dia mampu mengawal marahnya atau marah yang bertempat) ataupun Tafrith iaitu orang yang tak tahu marah. Marah yang sederhana adalah marah yang terpuji manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah yang keterlaluaan adalah termasuk dalam marah yang terkeji yang dilarang oleh nabi sebagaimana hadis yang di atas.

Marah yang keterlaluan amat dilarang oleh Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi yang tidak baik. Samaada dari orang yang marah tetapi juga orang yang kena marah. Kerana marah ada rumah tangga yang runtuh, kerana marah anak-anak didera, kerana marah pembunuhan berlaku, kerana marah anak-anak lari dari rumah, kerana marah ada majikan yang ditetak oleh pembantu rumah atau sebaliknya,kerana marah ada orang yang berpiket atau tunjuk perasaan, kerana marah orang saman menyaman, kerana marah ada orang yang kena tukar tempat kerja dan banyak lagi.



Menurut Imam Al-Ghazali, sifat marah adalah disebabkan oleh 10 punca atau sebab:

1. Rasa bangga diri ( sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang berlebih-lebihan dan melampaui batas
4. Suka bercakap perkara yang sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati


Apabila seseorang itu marah maka pergerakkan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata menjadi tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina dan merendah-rendahkan orang yang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya menjadi terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara yang betul, semua tindakannya benar-benar mengikut nafsu kemarahannya, yang penting, puas, menang dan berjaya mengalahkan orang yang dimarah. Bagi orang yang waras tentu kita tidak sanggup untuk melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah bukan berlaku pada orang yang awam sahaja, tetapi juga orang yang mempunyai kedudukan. Tapi yang paling menggelikan hati apabila orang ugama yang berstatus Ustaz, ustazah, tuan Guru, Ulamak, Dr marah dan melenting. Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian. Yang penting aku betul orang lain salah. Apatah lagi muka terpampang di dada akhbar dan dikaca tv, seluruh rakyat melihat dengan terang dan jelas. Kadangkala orang awam boleh menilai bahawa orang yang berkenaan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan. Iaitu marah yang bertempat. Sebagai contohnya seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi telah mengajar kepada kita dalam hadisnya: „ Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur". Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengistiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Perlu ada marah.

Contoh yang paling hebat yang berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali K.W berada dalam satu peperangan dimana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi untuk membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: " Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku". Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.
Wallaua'lam. Sama-sama kita renungkan.


Rujukan:
Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Selangor

2R ( Rempit dan Ragut )

Masalah lumba jalanan haram atau rempit dan juga jenayah ragut akhir-akhir ini menjadi satu masalah baru yang melanda negara kita. Aktiviti merempit bukan sahaja berlaku di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Georgetown, bahkan juga telah menular ke bandar-bandar kecil dan kampung-kampung di seluruh negara.

Sementara itu, jenayah ragut yang semakin menjadi-jadi juga amat membimbangkan orang ramai. Sehingga dua orang wanita yang hamil masing-masing telah meninggal dunia di Johor Baharu dan Kota Bharu.
Persoalannya, apakah punca sebenarnya sehingga ramai semakin berani untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah ini?



Adakah kerana kepuasan peribadi, pengabaian ibu bapa tanpa pendidikan, kegagalan intitusi pendidikan atau penguatkuasaan undang-undang yang lemah?

Sebenarnya semua pihak berperanan dalam mengatasi masalah ini. Institusi kekeluargaan terutamanya ibu bapa perlu bertanggungjawab dan memiliki akauntabiliti dalam mendidik anak-anak . Ini kerana penglibatan remaja dalam kumpulan mat rempit sebenarnya kerana dipengaruhi oleh rakan-rakan di samping kurangnya pemantauan oleh ibu bapa. Berapa ramai dari kita prihatin di mana anak kita berada mulai waktu mahgrib hingga 12.00 malam kerana waktu ini dianggap waktu kritikal dalam kita mengawasi pergerakan anak-anak kita.

Melepas bebas anak-anak pada waktu tersebut khususnya dihujung minggu tanpa pengawasan ibarat durian runtuh bagi remaja yang sentiasa memberontok untuk menikmati keseronakan tanpa memikirkan bahaya yang menunggu. Ibu bapa juga perlu lebih peka dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan ke mana anak-anak mereka sering menghabiskan masa kerana mereka boleh mempegaruhi ke arah gejala tidak sihat.
Gejala rempit sebenarnya menjerumuskan insan ke lembah kebinasaan. Ia seolah-olah menghulurkan nyawa atau membunuh diri dan satu perbuatan yang ditegah oleh agama: Allah Taala berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

"Janganlah engkau sengaja mencampakkan dirimu ke lembah bahaya kebinasaan dan baikilah(dengan sebaik-baik usaha) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik"

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu bersama-sama memainkan peranan yang lebih proaktif dan cekap dalam mengatasi masalah rempit dan jenayah ragut di negara kita. Usaha berterusan pihak PDRM dalam mengatasi masalah rempit di negara kita harus mendapat pujian. Operasi bersepadu secara berkala perlu dilaksanakan. Tindakan menyamar dengan turut sama terlibat dalam aktiviti mereka merupakan antara pendekatan sesuai bagi mencari dalang perlumbaan haram dan aktiviti ini.

Usaha mendekati golongan yang digelar "Mat Rempit" seharusnya diberikan pujian. Umumnya golongan ini terdiri daripada kumpulan anak muda yang leka dengan keseronokan dunia mereka sendiri. Aktiviti utama kumpulan ini adalah berlumba di jalan raya. Apabila telah terlibat dengan gejala ini, maka aktiviti negatif lain akan muncul seperti jenayah peras ugut, rogol, rompak, ragut dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana mereka perlu mendapat sumber kewangan untuk "maintainance" motosikal mereka agar lebih berkuasa bagi digunakan dalam aktiviti merempit nanti.

Pihak berkuasa juga diminta memperbanyak pembukaan litar-litar lumba bagi memberi peluang kepada mereka menunjukkan bakat di tempat yang sewajarnya. Litar-litar sementara dengan menutup jalanraya sediada ada pada malam minggu boleh diparktikkan dengan memenuhi piawiaian keselamatan yang ditetapkan. Dengan ini faktor kos juga boleh dikurangkan..

Pihak berkuasa juga perlu mewujudkan papan tanda menunjukkan statistik bulanan bilangan remaja yang terbunuh, patah tangan atau putus kaki akibat lumba haram. Ia wajar diletakkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan mereka atau lokasi perlumbaan haram. Secara tidak langsung akan memberi kesedaran betapa bahaya dan buruknya tabiat tidak berfaedah ini.

Jenayah ragut pula masih melingkari golongan yang sama kerana ia merupakan salah satu kerja mudah mendapatkan wang untuk keperluan aktiviti rempit. Dalam keadaan terdesak mereka tidak mengira mangsa hatta wanita mengandung juga menjadi mangsa yang membawa kepada kematian. Perlakuan terancang oleh seorang atau dua dengan menaiki motosikal ini perlu dibenteras dengan kerjasa semua pihak. Masyarakat perlu bertindak balas dengan segera apabila jenayah ragut ini berlaku dengan bertindak beramai-ramai mengepung penjenayah atau terus menghubungi polis.

Secara teorinya kes ragut dirujuk kepada mat rempit. Ini adalah kerana kebanyakan peragut menggunakan motosikal untuk aktiviti ragut, walaupun peragut itu kadangkala bukannya mat rempit tetapi mat pet. Kepada mat rempit dan mat ragut hari ini anda selamat, minggu depan anda selamat, bulan depan anda selamat tetapi ingat, jerat tidak akan lupakan pelanduk. Anda hanya ada 3 pilihan :
a. pilih masuk penjara
b. pilih masuk neraka
c. pilih masuk kubur


DISEDIAKAN OLEH :
Unit Penerangan Dan Penerbitan
Bahagian Dakwah, JAIS

Kita Mahu Ramai Macam Ni Dalam Islam

Tokoh Islam Yang Patut DiSegani
Walaupun beliau bermahzab syiah, namun keperibadiannya mengangkat imej kepimpinan Islam sebenar. Apa yang dilakukannya, jauh berbeza dengan apa yang pemimpin Islam negara lain lakukan. Semoga pemimpin sebegini akan hadir memimpin negara kita.. Insyaallah..
Mahmoud Ahmadinejad dilahirkan pada 28 Oktober 1956 adalah Presiden Iran yang keenam.Mula menjawat jawatan presiden pada 3 Ogos 2005. Beliau pernah menjawat menteri Teheran dari 3 Mei 2003 hingga 28 Jun 2005 waktu ia terpilih sebagai presiden. Ia dikenal secara luas sebagai seorang tokoh konservatif yang mempunyai pandangan Islamic.




Lahir di desa pertanian Aradan, dekat Garmsar, sekitar 100 km dari Teheran, sebagai putra seorang tukang besi, keluarganya pindah ke Teheran saat dia berusia setahun. Dia lulus dari Universiti Sains dan Teknologi Iran (IUST) dengan gelar doktor dalam bidang teknik dan perencanaan lalu lintas dan pengangkutan.

Pada tahun 1980, dia adalah ketua perwakilan IUST untuk kumpulan mahasiswa, dan terlibat dalam pendirian Pereratan Persatuan (daftar-e tahkim-e vahdat), organisasi mahasiswa yang berada di balik perebutan Kedubes Amerika Syarikat yang mengakibatkan terjadinya krisis Iran.
   Pada masa Perang Iran-Iraq, Ahmedinejad bergabung dengan Korps Pengawal Revolusi Islam pada tahun 1986. Dia terlibat  dalam misi keenam Korps dan ketua staf Korps di sebelah barat Iran. Setelah perang, dia bertugas sebagai wakil gabenor dan gabenor Maku dan Khoy, Penasihat Menteri Kebudayaan dan Ajaran Islam, dan gabenor provinsi Ardabil dari 1993 hingga Oktober 1997.

Ahmadinejad terpilih sebagai menteri Teheran pada Mei 2003. Dalam masa tugasnya, dia mengembalikan banyak perubahan yang dilakukan menteri-menteri sebelumnya yang lebih moderat dan reformis, dan mementingkan nilai-nilai keagamaan dalam kegiatan-kegiatan di pusat-pusat kebudayaan. Selain itu, dia juga menjadi ketua dalam harian Hamshahri dan memecat editor, Mohammad Atrianfar, pada 13 Jun 2005, beberapa hari sebelum pemilihan presiden, kerana tidak menyokongnya dalam pemilihan tersebut.

Ahmadinejad diketahui pernah bertengkar dengan Presiden Mohammad Khatami, yang lalu melarangnya menghadiri pertemuan Dewan Menteri, suatu hak yang biasa diberikan kepada para menteri Teheran. Dia telah mengkritik Khatami di depan umum, menuduhnya tidak mengetahui masalah-masalah sehari-hari warga Iran.
Ahmadinejad memberi salam hormat kepada Ayatollah Khamenei.Setelah dua tahun sebagai menteri Teheran, Ahmadinejad lalu terpilih sebagai presiden baru Iran. Tak lama setelah terpilih, pada 29 Juni 2005, sempat muncul tuduhan bahwa ia terlibat dalam krisis sandera Iran pada tahun 1979. Iran Focus mengklaim bahwa sebuah foto yang dikeluarkannya menunjukkan Ahmadinejad sedang berjalan menonton para sandera dalam peristiwa tersebut, namun tuduhan ini tidak pernah dapat dibuktikan

Berikut data tentang Presiden Mahmoud Ahmadinejad


Lahir : Aradan, 28 Oktober 1956

Jawatan : Presiden Iran yang keenam

Pendidikan : Doktor dalam bidang teknik dan perencanaan lalu lintas dan pengangkutan Universiti Sains dan Teknologi Iran (IUST)

Kerjaya:

* Korps Pengawal Revolusi Islam (1986)
* Ketua jurutera pasukan keenam Korps dan ketua staf Korps di sebelah barat Iran
* Wakil gabenor dan gabenor Maku dan Khoy
* Penasihat Menteri Kebudayaan dan Ajaran Islam
* Gabenor provinsi Ardabil (1993-1997)
* Menteri Teheran (3 Mei 2003 - 28 Jun 2005)
* Presiden Iran (3 Ogos 2005 - sekarang)


Tawa Saat Ahmadinejad Berpidato di Universiti AS
New York (ANTARA News) - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, yang dijelek-jelekkan sebagai pembantah Holocaust, penyokong perusuh dan penyokong gerakan perlawanan di Iraq, ternyata mampu mendatangkan tawa saat berpidato di Columbia University, Amerika Syarikat (AS), meski bukan jenaka(sindiran).

"Di Iran tidak ada homoseksual, seperti di negara anda," kata Ahmadinejad,saat menjawab pertanyaan mengenai pelaksanaan hukuman mati di Iran yang sebelum ini dilakukan terhadap dua pelaku hubungan sejenis.

"Di Iran tidak ada fenomena ini, saya tidak tahu siapa yang memberitahukan kepada anda bahwa kami punya hal begitu."

Tawa keras dan cercaan "booo" dilepaskan sekitar 700 orang, kebanyakan mahasiswa, yang hadir di Ivy League school. Mereka, antara lain mengenakan sepanduk bertuliskan "Stop Ahmadinejad`s Evil" (stop Iblis Ahmadinejad).

Pada bahagian awal, dia mengemukakan tentang Israel yang menyeksa warga Palestin dan program nuklear Iran yang bertujuan untuk energi dan bukan untuk senjata, sebelum berbicara mengenai homoseksual yang memecahkan ketegangan.

"Saya akan ceritakan satu jenaka di sini," katanya. "Saya fikir para politik yang mengusahakan bom atom atau mengujinya, membuatnya, secara politik mereka terkebelakang, dungu!."

Hadirin ragu, sebagian bertepuk tangan karena menganggapnya sebagai pernyataan cinta damai sedangkan lainnya bingung dengan kata dungu yang peka.

Kunjungan Ahmadinejad berpidato pada Sidang Umum PBB itu tidak lepas dari berbagai pandangan negatif, seperti anggota DPR AS asal daerah pemilihan New York, Anthony Weiner, dan para penunjuk perasaan di depan Markas Besar PBB mengatakan, "Sekarang ada ular berkeliaran di jalanan New York."

Koran The New York Daily News di berita utama halaman depan menulis "The Evil Has Landed" (iblis telah mendarat).

Rektor Universiti Columbia sama saja,dengan menuduh Presiden Iran itu "diktator yang sempit dan jahat".

Untuk Anak-Anak





Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:
Ertinya:
Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).