Carian

Wanita Penggoda

Amalkan membaca doa ini semasa menghadapi ujian @ godaan agar terhindar daripada fitnah kehidupan.



Ertinya:
Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini". Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik". Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.Surah Yusuf: Ayat 23




Keterangan Ayat
Menurut Mujahid,apabila Nabi Yusuf a.s berusia 33 tahun,iaitu ketika seorang lelaki itu mencapai puncak zaman kehebatannya,berlakulah ujian dari Allah S.W.T yang seterusnya.Ujian yang menyaksikan kemenangannya mengatasi nafsu syahwat ketika berhadapan Zulaikha,isteri pembesar negara yang sudah ditimpa mabuk cinta pada Nabi Yusuf a.s. Al-Imam Malik pula mentafsirkaan "asyuddahu" dalam ayat sebelumnyam adalah tempoh selepas baligh bagi seseorang lelaki selepas berlakunya mimpi(al-ihtilam). Al-Dahhak pula mengatakan peristiwa itu berlaku semasa Nabi Yusuf a.s berumur 30 tahun.Al-Kalbi pula mengatakan diantara 28-30 tahun.(Tafsir al-Khazin).
sekadar gambar hiasan


Zulaikha yang cantik jelita telah menggoda dan memujuk Yusuf a.s agar melakukan zina dengannya dalam keadaan tersembunyi.Nabi Yusuf a.s berjaya melalui ujian itu.Jawabnya:"Ma'azallah" yang bermaksud "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ajakannya itu.Sesungguhnya tuanku itu telah memperelokkan penjagaanku sejak aku bebas dari telaga yang aku dicampakkan didalamnya.Aku tidak akan mengkhianatinya.Orang yang zalim iaitu yang berzina tidak akan memperolehi kejayaan"(Tafsir al-Baidhawi)

No comments:

Post a Comment